Sunday, July 8, 2012

" TIRAMISU "

Assalamualaikum wrt. salam 18 Syaaban 1433h. Semoga semuanya berada di dalam lindungan dan rahmat 'NYA'...insyaALLAH.

Lama rasanya tak mengupdate kt sini...sibuk ke sana sini, tambah lg dgn kerja2 rumah yg tak pernah berpenghujung....mmg tak boleh nk mengelak pon selagi kita menyandang jawatan ' HOME MINISTER '...kan? hehehe...gini lhhh...betul tak???

Kekadang mmg terasa, 1 hari mcm tak cukup masa nk buat semua benda. byk nya nk buat, byk nya nk kemas, byk nya itu dan ini...tp kita fokus jer lh mane yg terdaya nk buat...tp tu, ayat yg yg sy reka sendiri utk menyedapkan hati sy....hahaa:DD...yg lain2 hanya 'DIA' yg maha mengetahui.

Beberapa hari ni mencari2 resepi mudah " TIRAMISU " utk di cuba. Byk versi, ade yg guna sponge kek, ade yg guna ' lady finger '..menarik nya kt cikmin.com ni...ade video utk kita share sama...tq cikmin...mmg mudah & sedappp!! okkk... kita tgk kt sini jer lhhh yea:))

klu nk ikut cara saya, lebih kurang boleh ikut sini :
 
Bahan :

8 oz cream cheese
3 s/b gula (ni utk di pukul bersama cream cheese)
3 biji kuning telur
3 s/b gula (ni utk double boil dgn kuning telur)
2 s/b strong coffee (bancuhan kopi) - sy guna nescafe
bancuhan kopi secukup nya - sy guna nescafe (utk celup lady finger) sekadar perlu
1 paket lady finger
11/2 cwn non dairy whipping cream di putar
serbuk koko utk tabur di setiap lapisan

Cara :

1. Pukul cream cheese dgn 3 s/b gula hingga rata & lembut.
2. Panaskan air dlm periuk, double boilkan kuning telur bersama 3 s/b gula hingga bertukar warna & gula hancur.


3. Campurkan adunan cheese dgn kuning telur yg tlh di double boil td. kacau perlahan guna spatula.
4. Campurkan 2 s/b bancuhan kopi (strong coffee), gaul rata.
5. Pukul Whipping cream hingga gebu, masukan dlm adunan cheese td. Gaul rata.



6. Sediakan corningware. Celup lady finger satu2 dlm bancuhan kopi (ikut demo) dan susun penuh di ikuti dgn lapisan whipping cream (ikut demo)





7. Ayak serbuk koko dgn penapis kecil setiap kali selepas lapisan whipping cream (ikut demo)





8. Buat sampai habis ( 2 layer lady finger, 2 layer whipping cream jer)
9. Sejukkan beberapa jam. Potong dan hias lh ikut kreativiti masing2...mmg besttt!!...mesti cuba okkk!!




















Saturday, June 30, 2012

" 5 minit PUDDING "


Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum wrt...Salam 11 syaaban 1433h, Selamat berehat & selamat berhujung minggu buat semua...:D

Semalam berkesempatan ke kedai buku utk mencari buku latihan anak...biasa lh kan...sambil menyelam minum air..hehee:)  tak lepaskan peluang meninjau sudut masakan...1 jam tak terasa...terbaca koleksi " 1 hari 1 resepi " di antara yg menarik minat saya ialah  " dessert " nya yang sangat mudah. Semua nya ready made...beli jerrr...apa salah nya kan....sekali skala...bukan selalu pon....sgt2 menjimatkan masa...yang penting SEDAPPPP!!! teruja dgn menu ringkas nya....sy pon trs mencari bahan utk menyediakan...." 5 minit SIAP SEMUA "...saya share kan resepi nya di sini :



BAHAN :

Pudding mangga
Yogurt mangga
Susu Cair
Sedikit gula (rasa2 lh yea)
Jelly



CARA :

1. Panaskan susu cair bersama gula hingga hancur. (kacau selalu, cukup panas, tutup api, sejukkan....) klu ikut resepi asal x perlu panaskan, tp takut la memudaratkan perut plk kan...terpulang lhhh..

2. Campur susu bersama yogurt.

3. Letakkan mangga dalam mangkuk hidang, susun jelly, tuang campuran susu & yogurt td..

4. Sejukkan beberapa minit sebelum di hidang.

MUDAH KAN??? mmg menyamankan...cuba lah yea...





Thursday, June 28, 2012

" APPLE CRUMBLE "



Assalamualaikum wrt. Salam jumaat 09 Syaaban 1433h...Moga di kurniakan kesihatan yang baik pagi ini, INSYAALLAH.


" APPLE CRUMBLE " hidangan mudah sesuai utk minum ptg dan juga breakfast. Bahan2 pon x banyak di gunakan, tak byk kerja mengemas dapur, yang penting anak2 suka...jommmm tgk resepi,,,:))

Bahan-bahan Crumble :

100g tepung gandum
40g gula
80g butter sejuk dr peti ais
sedikit garam
Secukup acuan pai kecil

Utk Inti

3 biji epal - kupas dan potong dadu
2 sudu mkn gula perang
1/2 sudu kecil serbuk cinnamon








Cara :

1. Satukan semua bahan crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. Ketepikan.
3. Ambil sedikit dr adunan crumb dan tekan padat di dasar acuan pai. Kemaskan bahagian tepi, cucuk sedikit dgn garpu, bakar sekejap dlm 5 minit.
4. Kemudian masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
5. Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an.

Siap!!! pastri nya yang rapuh mmg enak di makan bersama susu segar utk breakfast...Cuba lhhh yeaaa...:))


Wednesday, June 27, 2012

" IKAN BAUNG SALAI MASAK LEMAK CILI PADI "




Assalamualaikum wrt. Salam 8 Syaaban 1433h buat semua, selamat berpuasa sunat syaaban bagi yg berpuasa, semoga beroleh keberkatan dari 'NYA'...INSYAALLAH


Menyediakan masakan " IKAN BAUNG " ni mmg x di jangka, memang susah nak dapat bila tak bermusim. Kiriman kawan suami dari termerloh yg mmg terkenal dengan ikan2 sungai yg sangat baik kualiti nya merajinkan saya menyediakan hidangan lunch kami walaupun agak remeh sikit lhhh, yea lah...dari menyiang, membersihkan ikan, memanggang, mmg memerlukan kesabaran. Banyak nya kejaaaa....tp ats kerjasama suami yang sudi tlg memanggang ikan pon dh cukup memudahkan sedikit sebanyak penyediaan nya. tq abah:DDD


Mengingat kembali resepi asal untuk menyediakan masakan ikan2 sungai dari arwah ibu mertua saya. Walau apa pon, air tangan nya hingga kini mmg tidak dapat di tandingi, kami amat merindui semua2 nya. Cuma apa yang paling saya ingat, memasak ikan sungai ni tak perlu menggunakan bawang, yeaaa...betulll...jom lah saya share kan resepi nya...


BAHAN :


2 Ekor Ikan baung (Sederhana)
20 biji Limau kasturi (utk masak dan utk bersihkan ikan)
Kunyit Hidup (sebesar ibu jari)
1 ikat Daun kesum
Cili padi (ikut suka)
1/2 sisir Pisang muda (di celur)
1/2 kilo Santan Pekat 
Serbuk Kunyit
Garam secukup rasa
Secukup air 












CARA :


1. Bersihkan ikan seperti biasa, gaul dgn garam dan perahkan air limau kasturi, biarkan sebentar (untuk menghilangkan hanyir ikan)
2. Bersihkan semula ikan, toskan, gaul dgn sedikit serbuk kunyit. Panggang ikan hingga cukup masak.
3.Pisang muda di bersihkan dan di celur. Toskan.
4. Kisar cilipadi dan kunyit hidup. Masukan dalam periuk bahan kisar, air dan santan pekat. Masak ats api yang sederhana.
5. Masukan ikan yang telah di panggang tadi, daun kesum dan beberapa sudu air perahan limau kasturi, dan garam secukup rasa.
6. Kacau selalu supaya cantik kuah nya...biarkan mendidih sebentar. Tutup api.
7. Sedia untuk di hidang.

Monday, June 25, 2012

" PAVLOVA "


Assalamualaikum wrt...Selamat Petang semua, ceria slalu hendak nya.

Mengimbas kembali memori membaking " PAVLOVA " bersama adik beradik, anak2, anak2 saudara di kampung minggu lalu. Meriah bila berkumpul bersama, membaking bersama, mendeko bersama, makan bersama dan yang paling best sekali sangat teruja dengan hasil nya yang sangat berbaloiiii!!!
Akrab nya hubungan keluarga kami, bertapa kami sangat menghargai saat2 ini. Permintaan dari adik dan anak saudara saya tertunai sudah...." PAVLOVA" selembut mashmallow terhidang INDAH...Alhamdulillah. 



Saya share kan resepi nya di sini.......

Bahan :

120 gm putih telur ( anggaran dlm 3-4 biji dr gred A)
200 gm gula caster
1/2 s/t esen vanilla
1 s/t cuka masakan
1/2 s/b tepung jagung

Topping :

240 ml non dairy whipping cream
20 gm gula caster
1/2 s/t vanilla

Cara :

1. Panaskan oven pada suhu 130 darjah c. 
2. Pukul putih telur sebentar hingga berbuih, masukan gula sedikit2 hingga habis dengan kelajuan sederhana dan menambah pd kelajuan tinggi hingga berkilat dan bertanduk ( meringue )
3. Masukan vanilla, cuka dan tepung jagung. kaup balik dgn spatula hingga rata.
4. Sediakan loyang pembakar yang telah pon beralaskan kertas minyak. 
5. Tuang adunan pavlova td, bentukan round shape menggunakan spatula, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
6. Bakar selama 60-75 minit. Tutup api. Biarkan didalam oven dgn pintu yg di renggangkan sedikit hingga sejuk
7. Akan kelihatan retak bahagian luar, tp lembut spt mahsmallow di bahagian dalam, jgn risau okkk
8. Pukul Non Dairy Whipping Cream dan gula hingga gebu. Masukan vanilla, gaul rata.
8. Alihkan pavlova dalam pinggan hidang. Sapukan whipping cream (topping) di tengah dan ratakan.
9. Hiaslah dgn buah buahan pilihan anda. Sejuk kan dlm peti sejuk sebentar & sedia utk di hidang bersama family...bila2 free nti boleh lh cuba yea....sememang nya sedappp!!!





Wasallam