Thursday, June 28, 2012

" APPLE CRUMBLE "



Assalamualaikum wrt. Salam jumaat 09 Syaaban 1433h...Moga di kurniakan kesihatan yang baik pagi ini, INSYAALLAH.


" APPLE CRUMBLE " hidangan mudah sesuai utk minum ptg dan juga breakfast. Bahan2 pon x banyak di gunakan, tak byk kerja mengemas dapur, yang penting anak2 suka...jommmm tgk resepi,,,:))

Bahan-bahan Crumble :

100g tepung gandum
40g gula
80g butter sejuk dr peti ais
sedikit garam
Secukup acuan pai kecil

Utk Inti

3 biji epal - kupas dan potong dadu
2 sudu mkn gula perang
1/2 sudu kecil serbuk cinnamon








Cara :

1. Satukan semua bahan crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. Ketepikan.
3. Ambil sedikit dr adunan crumb dan tekan padat di dasar acuan pai. Kemaskan bahagian tepi, cucuk sedikit dgn garpu, bakar sekejap dlm 5 minit.
4. Kemudian masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
5. Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an.

Siap!!! pastri nya yang rapuh mmg enak di makan bersama susu segar utk breakfast...Cuba lhhh yeaaa...:))


No comments: