Wednesday, June 27, 2012

" IKAN BAUNG SALAI MASAK LEMAK CILI PADI "




Assalamualaikum wrt. Salam 8 Syaaban 1433h buat semua, selamat berpuasa sunat syaaban bagi yg berpuasa, semoga beroleh keberkatan dari 'NYA'...INSYAALLAH


Menyediakan masakan " IKAN BAUNG " ni mmg x di jangka, memang susah nak dapat bila tak bermusim. Kiriman kawan suami dari termerloh yg mmg terkenal dengan ikan2 sungai yg sangat baik kualiti nya merajinkan saya menyediakan hidangan lunch kami walaupun agak remeh sikit lhhh, yea lah...dari menyiang, membersihkan ikan, memanggang, mmg memerlukan kesabaran. Banyak nya kejaaaa....tp ats kerjasama suami yang sudi tlg memanggang ikan pon dh cukup memudahkan sedikit sebanyak penyediaan nya. tq abah:DDD


Mengingat kembali resepi asal untuk menyediakan masakan ikan2 sungai dari arwah ibu mertua saya. Walau apa pon, air tangan nya hingga kini mmg tidak dapat di tandingi, kami amat merindui semua2 nya. Cuma apa yang paling saya ingat, memasak ikan sungai ni tak perlu menggunakan bawang, yeaaa...betulll...jom lah saya share kan resepi nya...


BAHAN :


2 Ekor Ikan baung (Sederhana)
20 biji Limau kasturi (utk masak dan utk bersihkan ikan)
Kunyit Hidup (sebesar ibu jari)
1 ikat Daun kesum
Cili padi (ikut suka)
1/2 sisir Pisang muda (di celur)
1/2 kilo Santan Pekat 
Serbuk Kunyit
Garam secukup rasa
Secukup air 












CARA :


1. Bersihkan ikan seperti biasa, gaul dgn garam dan perahkan air limau kasturi, biarkan sebentar (untuk menghilangkan hanyir ikan)
2. Bersihkan semula ikan, toskan, gaul dgn sedikit serbuk kunyit. Panggang ikan hingga cukup masak.
3.Pisang muda di bersihkan dan di celur. Toskan.
4. Kisar cilipadi dan kunyit hidup. Masukan dalam periuk bahan kisar, air dan santan pekat. Masak ats api yang sederhana.
5. Masukan ikan yang telah di panggang tadi, daun kesum dan beberapa sudu air perahan limau kasturi, dan garam secukup rasa.
6. Kacau selalu supaya cantik kuah nya...biarkan mendidih sebentar. Tutup api.
7. Sedia untuk di hidang.

No comments: