Saturday, June 30, 2012

" 5 minit PUDDING "


Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum wrt...Salam 11 syaaban 1433h, Selamat berehat & selamat berhujung minggu buat semua...:D

Semalam berkesempatan ke kedai buku utk mencari buku latihan anak...biasa lh kan...sambil menyelam minum air..hehee:)  tak lepaskan peluang meninjau sudut masakan...1 jam tak terasa...terbaca koleksi " 1 hari 1 resepi " di antara yg menarik minat saya ialah  " dessert " nya yang sangat mudah. Semua nya ready made...beli jerrr...apa salah nya kan....sekali skala...bukan selalu pon....sgt2 menjimatkan masa...yang penting SEDAPPPP!!! teruja dgn menu ringkas nya....sy pon trs mencari bahan utk menyediakan...." 5 minit SIAP SEMUA "...saya share kan resepi nya di sini :



BAHAN :

Pudding mangga
Yogurt mangga
Susu Cair
Sedikit gula (rasa2 lh yea)
Jelly



CARA :

1. Panaskan susu cair bersama gula hingga hancur. (kacau selalu, cukup panas, tutup api, sejukkan....) klu ikut resepi asal x perlu panaskan, tp takut la memudaratkan perut plk kan...terpulang lhhh..

2. Campur susu bersama yogurt.

3. Letakkan mangga dalam mangkuk hidang, susun jelly, tuang campuran susu & yogurt td..

4. Sejukkan beberapa minit sebelum di hidang.

MUDAH KAN??? mmg menyamankan...cuba lah yea...





Thursday, June 28, 2012

" APPLE CRUMBLE "



Assalamualaikum wrt. Salam jumaat 09 Syaaban 1433h...Moga di kurniakan kesihatan yang baik pagi ini, INSYAALLAH.


" APPLE CRUMBLE " hidangan mudah sesuai utk minum ptg dan juga breakfast. Bahan2 pon x banyak di gunakan, tak byk kerja mengemas dapur, yang penting anak2 suka...jommmm tgk resepi,,,:))

Bahan-bahan Crumble :

100g tepung gandum
40g gula
80g butter sejuk dr peti ais
sedikit garam
Secukup acuan pai kecil

Utk Inti

3 biji epal - kupas dan potong dadu
2 sudu mkn gula perang
1/2 sudu kecil serbuk cinnamon








Cara :

1. Satukan semua bahan crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. Ketepikan.
3. Ambil sedikit dr adunan crumb dan tekan padat di dasar acuan pai. Kemaskan bahagian tepi, cucuk sedikit dgn garpu, bakar sekejap dlm 5 minit.
4. Kemudian masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
5. Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an.

Siap!!! pastri nya yang rapuh mmg enak di makan bersama susu segar utk breakfast...Cuba lhhh yeaaa...:))


Wednesday, June 27, 2012

" IKAN BAUNG SALAI MASAK LEMAK CILI PADI "




Assalamualaikum wrt. Salam 8 Syaaban 1433h buat semua, selamat berpuasa sunat syaaban bagi yg berpuasa, semoga beroleh keberkatan dari 'NYA'...INSYAALLAH


Menyediakan masakan " IKAN BAUNG " ni mmg x di jangka, memang susah nak dapat bila tak bermusim. Kiriman kawan suami dari termerloh yg mmg terkenal dengan ikan2 sungai yg sangat baik kualiti nya merajinkan saya menyediakan hidangan lunch kami walaupun agak remeh sikit lhhh, yea lah...dari menyiang, membersihkan ikan, memanggang, mmg memerlukan kesabaran. Banyak nya kejaaaa....tp ats kerjasama suami yang sudi tlg memanggang ikan pon dh cukup memudahkan sedikit sebanyak penyediaan nya. tq abah:DDD


Mengingat kembali resepi asal untuk menyediakan masakan ikan2 sungai dari arwah ibu mertua saya. Walau apa pon, air tangan nya hingga kini mmg tidak dapat di tandingi, kami amat merindui semua2 nya. Cuma apa yang paling saya ingat, memasak ikan sungai ni tak perlu menggunakan bawang, yeaaa...betulll...jom lah saya share kan resepi nya...


BAHAN :


2 Ekor Ikan baung (Sederhana)
20 biji Limau kasturi (utk masak dan utk bersihkan ikan)
Kunyit Hidup (sebesar ibu jari)
1 ikat Daun kesum
Cili padi (ikut suka)
1/2 sisir Pisang muda (di celur)
1/2 kilo Santan Pekat 
Serbuk Kunyit
Garam secukup rasa
Secukup air 












CARA :


1. Bersihkan ikan seperti biasa, gaul dgn garam dan perahkan air limau kasturi, biarkan sebentar (untuk menghilangkan hanyir ikan)
2. Bersihkan semula ikan, toskan, gaul dgn sedikit serbuk kunyit. Panggang ikan hingga cukup masak.
3.Pisang muda di bersihkan dan di celur. Toskan.
4. Kisar cilipadi dan kunyit hidup. Masukan dalam periuk bahan kisar, air dan santan pekat. Masak ats api yang sederhana.
5. Masukan ikan yang telah di panggang tadi, daun kesum dan beberapa sudu air perahan limau kasturi, dan garam secukup rasa.
6. Kacau selalu supaya cantik kuah nya...biarkan mendidih sebentar. Tutup api.
7. Sedia untuk di hidang.

Monday, June 25, 2012

" PAVLOVA "


Assalamualaikum wrt...Selamat Petang semua, ceria slalu hendak nya.

Mengimbas kembali memori membaking " PAVLOVA " bersama adik beradik, anak2, anak2 saudara di kampung minggu lalu. Meriah bila berkumpul bersama, membaking bersama, mendeko bersama, makan bersama dan yang paling best sekali sangat teruja dengan hasil nya yang sangat berbaloiiii!!!
Akrab nya hubungan keluarga kami, bertapa kami sangat menghargai saat2 ini. Permintaan dari adik dan anak saudara saya tertunai sudah...." PAVLOVA" selembut mashmallow terhidang INDAH...Alhamdulillah. 



Saya share kan resepi nya di sini.......

Bahan :

120 gm putih telur ( anggaran dlm 3-4 biji dr gred A)
200 gm gula caster
1/2 s/t esen vanilla
1 s/t cuka masakan
1/2 s/b tepung jagung

Topping :

240 ml non dairy whipping cream
20 gm gula caster
1/2 s/t vanilla

Cara :

1. Panaskan oven pada suhu 130 darjah c. 
2. Pukul putih telur sebentar hingga berbuih, masukan gula sedikit2 hingga habis dengan kelajuan sederhana dan menambah pd kelajuan tinggi hingga berkilat dan bertanduk ( meringue )
3. Masukan vanilla, cuka dan tepung jagung. kaup balik dgn spatula hingga rata.
4. Sediakan loyang pembakar yang telah pon beralaskan kertas minyak. 
5. Tuang adunan pavlova td, bentukan round shape menggunakan spatula, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
6. Bakar selama 60-75 minit. Tutup api. Biarkan didalam oven dgn pintu yg di renggangkan sedikit hingga sejuk
7. Akan kelihatan retak bahagian luar, tp lembut spt mahsmallow di bahagian dalam, jgn risau okkk
8. Pukul Non Dairy Whipping Cream dan gula hingga gebu. Masukan vanilla, gaul rata.
8. Alihkan pavlova dalam pinggan hidang. Sapukan whipping cream (topping) di tengah dan ratakan.
9. Hiaslah dgn buah buahan pilihan anda. Sejuk kan dlm peti sejuk sebentar & sedia utk di hidang bersama family...bila2 free nti boleh lh cuba yea....sememang nya sedappp!!!





Wasallam



Saturday, June 23, 2012

" PANNA COTTA WITH STRAWBERRY SAUCE "

Assalamualaikum wrt. Rejab dh pon berlalu...cepat nya masa...dh empat hari kita di bulan Syaaban.." Ya Allah berkati lh kami pd bulan Rejab & Syaaban dan sampaikan lh kami ke bulan Ramadhan "...Insyaallah.

2 hari lps ade lh mencuba2 dessert ni dr joyofbaking, ats permintaan anak juga lh, teruja dgn harga yg tinggi d pasaran pon salah satu faktor jgk...hehee.. Senang sangat, bahan pon tak banyak..tp agak creamy sikit lhhh.....tp apabila d gabungkan dgn sos nya yg ala2 sweet sour tu...mmg yummy lh... sesekali bolehhh lhhh kannn....makan sikit2 jer ok...insyaallah x memudaratkan.

~ PANNA COTTA ~

Dessert dr italy...mudahhhhhh, senanggggg, tak sampai setengah jam siap dhhh....boleh lh tgk resepi kt sini klu x caye....hehee:D
joyofbaking panna cotta resepi ermmmm.....klu nk tgk dgn video skali pon boleh ikut link ni panna cotta video joyofbaking
Tapi kalau nak ikut versi sy pon boleh..sama jer...jomm tgk..

Bahan :

7 gm gelatin ( pastikan yg halal okkk) tanpa perisa
60 ml susu ( uht/full cream)
540 ml whipping cream
60 gm gula caster
1 s/t vanilla
sediakan lebih kurang 5-6 bekas dessert comel2

Cara :
1.  Masukan susu dlm mangkuk kecil, taburkan gelatin, biarkan 10 minit
2.  Panaskan whipping cream bersama gula caster ats api sederhana hingga gula hancur
3. Angkat dr api, masukan gelatin.
4. Kacau perlahan hingga gelatin hancur, klu perlu boleh lh d panaskan semula sebentar yea utk pastikan gelatin betul2 larut ok
5. Tuang dalam acuan2 desssert yg tlh pon d sediakan
6. Sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang 2-4 jam
7. Boleh lah di hias dgn buah2an segar...ikut citarasa sendiri lhhh yea



Okkkk...jom kita buat sos nya pulakkk....








Utk Strawberry Sos :

120 gm strawberry (anggaran 7-8 biji mengikut saiz)
75 gm gula caster
Sedikit lemon juice
Sedikit air ( agak2 lh dlm 5 sudu besar)

Cara :
1. Blend kasar strawberry dgn air, masak dgn gula hingga strawberry lembut
2. Masukan lemon juice
3. Tutup api, sejukkan


Ok....Siap dhhh!!...senang jer kan...Hias lh mengikut citarasa sendiri. Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu...













Wednesday, June 13, 2012

" CHEWY BROWNIES "


Salam 24 rejab 1433h..pantas nya hari2 berlalu kan...kjp jer dh hari khamis..slmt berpuasa sunat khamis bg yg berpuasa, moga beroleh ganjaran dari sang ' PENCIPTA ' hendak nya...insyaAllah.
Smlm pny projek lh ni...membaking kek yg sgt mudah membuat nya...semudah menyebut ABC...hehee...betullll...tak perlu high speed mixer...x perlu byk masa menyediakan nya...1 jam siap dr mula smpi habis membakar...x caye jom lah cuba...


" CHEWY BROWNIES "





Seindah nama nya...begitu juga lah rasa nya...koleksi resepi ringkas dan amat di gemari anak2 dr saya khas utk kwn2 yg di sayangi....dpt jgk saya bawa bertamu ke rumah kwn lama smlm, badariah muhamad di tmn Desa Rhu, Sikamat smlm.

Haiii!!bad, sekira nya kau membaca ruangan ini...aku nak kau tahu bertapa aku sgt2 di hargai oleh kucing2 kau smlm...mesra giler kucing2 kau kan bad...semesra tuan nya...comel2 semua...teringat2 hingga kini...hehee...meriah rumah!!! binatang kesayangan rasulullah saw...menceriakan hari2 pemilik nya....alhamdulillah... Sempat jgk menyembang kt sini kan?? 

Ok lah...jom2 kita tgk bahan2 utk resepi yg teramat2 mudah ni

Bahan :

1 buku butter
300 gm gula caster
4 biji telur
1 st garam
1 1/2 st vanilla
130 gm tepung gandum
1 1/2 st baking powder
100 gm koko 
100 gm kacang gajus
50 gm choc chip


Cara :

1. panaskan butter dgn api sederhana
2. masukan gula, garam & vanilla
3. biarkan sejuk seketika baru masukan telur sebiji2
4. masukan tepung yg tlh di ayak bersama2 koko & baking powder
5. pukul rata dgn hand mixer, nk guna  hand whisk pon ok
6. Tuang dalam loyang 10x10x1 yg tlh beralas kertas minyak
7. Susun gajus biar nmpk cantik, tabur choc chip nk bagi sedap lg..hehe
8. Bakar pada suhu 160 selama 1/2 jam
9. Tunggu sejuk baru potong okkk


Senang kan??? buat lh utk minum ptg nie....kepercayaan anda semua utk mencuba amat2 sy hargai....


TERIMA KASIH 




SELAMAT MENCUBA







" RAINBOW CARAMEL CAKE "


Assalamualaikum wrt...slmt mlm...terajin la plk nk post malam2 ni hasil membaking ptg td...x kesah la kan...mane sempat lh...kdg2 waktu siang kita x berkesempatan..ok jer lhh!! tkasih pd yg sudi berkunjung ;) 
" RAINBOW CARAMEL CAKE "

ok ke? hehe... sajer lh nk edit sikit nama asal kek ni..bagi nmpk lagi comel...hehe..cantik sgttt!!! yummmyyy sggtt!! 
Pertengahan tahun 2011 segala nya bermula...buat pertama2 kali nya teruja untuk mencuba dari blog masam manis azlita aziz..tkasih ita..tkasih sudi berkongsi..insyaallah dpt kita manfaatkan bersama...
jom tgk resepi!!

GULA HANGUS
2 SB GULA CASTER
LOYANG 8” BULAT

BAHAN KARAMEL
½ TIN SUSU CAIR
70 GM GULA CASTER
½ S/T VANILLA
3 BIJI KUNING TELUR

ADUNAN KEK BAHAN 1
70 GM GULA CASTER
3 BIJI KUNING TELUR
135 GM AIR
45 GM MINYAK JAGONG

ADUNAN KEK BAHAN 2
140 GM TEPUNG GANDUM
1 S/T BAKING POWDER

MERINQUE
6 BIJI PUTIH TELUR
70 GM GULA CASTER
1 S/T CREAM OF TARTAR


CARA
PANASKAN OVEN PADA SUHU 160

1.      PANASKAN GULA HINGGA KEPERANGAN DLM LOYANG – KETEPIKAN



2.      BAHAN KARAMEL
CAMPURKAN SEMUA BAHAN SUSU CAIR, GULA CASTER, VANILLA & KUNING TELURKACAU RATA – TAPIS DLM LOYANG GULA HANGUS TD

3.      MERINQUE
PUKUL SEMUA BAHAN SMPI GEBU DAN ADUNAN X JATUH – KETEPIKAN

4.      ADUNAN KEK BAHAN 1
CAMPURKAN SEMUA BAHAN – PUKUL HINGGA GEBU

5.      ADUNAN KEK BAHAN 2
AYAK TEPUNG BERSAMA2 BAKING POWDER – MASUKAN ADUNAN TEPUNG SEDIKIT2 DN KAEDAH KAUP BALIK KE DLM ADUNAN KEK BAHAN 1
AMBIL SEDIKIT-SEDIKIT ADUNAN MERINQUE – MASUKAN DLM ADUNAN DI ATS TD – KAUP BALIK DGN MENGGUNAKAN WHISK
BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 3 BAHAGIAN – WARNAKAN IKUT PILIHAN MASING – SUDUKAN SETIAP SATU WARNA BERSELANG SELI 



MASUKAN DLM OVEN DAN BAKAR DGN KAEDAH STEAM BATH SELAMA 1 JAM





 
ini lah hasil nya....cantikkk kan? cuba lhhh...

Monday, June 11, 2012

" KUIH LAPIS CINCAU "


Assalamualaikum & slmt pagi…alhamdulillah masih di beri peluang oleh ‘NYER’ utk meneruskan hari2 bersama2 insan tersayang…berfikir2 utk menfaatkan hari2 yg di lalui bersama2..
Lama dh tersimpan resepi ni...dr tahun 2003...mcm x caye kan?...tp itu lh kebenaran nya...ilham & tunjuk ajar dr sifu kami kak zaidah dr bandar baru Uda...






" KUIH LAPIS CINCAU " lain dr lain, gabungan 3 tepung yg menghasilkan texture yg sedikit kenyal tp tidak menghilangkan rasa asli kuih lapis....free2 boleh la try utk minum ptg ni...jom tgk2 resp..

 Bahan :
8 oz tpg beras
3 oz tpg gandum
3 oz tpg hong kue putih
3 oz cincau d cincang
1 st garam
1 st esen rose
Pewarna merah/pink
60 oz santan dr 2 biji kelapa
10 oz gula
Daun pandan
Cara : 
1. Masak santan bersama2 daun pandan & gula dgn api yg sederhana. Sejukkan.
3   2. Campurkan semua bahan lain bersama santan yg tlh di sejukkan
3. Bahagi kan kpd 2 bahagian. Merah/putih
 4. Kukus selapis2 dlm Loyang 10x10 di mulai dgn lapisan putih dahulu
 5. Setiap lapis anggaran masa 10 minit dan ½ jam utk lapisan yg akhir 
 6. Tunggu hingga betul2 sejuk baru boleh di potong. sila guna pisau plastik okkk!!

~Selamat Mencuba~




b


Saturday, June 9, 2012

" LUMPIA JAMUR AYAM HAIKO "



Assalamualaikum wrt..salam perkenalan buat semua pengunjung utk pertama kali nya...terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog sy yea :) 

 "Cook with love"

Alhamdulillah...akhirnya terhasil juga blog ini ats dorongan family tersyg :)..teruja untk berkongsi resepi & idea dlm bidang masakan yg amat sy minati ini...aduhaiiii!!....ayat skema la plk kan?? hehe..ok la tuuu :) mohon tunjuk ajar dan teguran dr anda semua sekira nya terdapat kesilapan di mana2...segala nya akan sy hargai....insyaALLAH..


" LUMPIA ".... hidangan minum ptg kegemaran keluarga kami....bukan sekadar rasa nya yg sedap tp sgt2 berkhasiat....jom kita share sama2 resepi nya.....



Bahan dadih :
70 gm tepung gandum
1/4 s/t garam
1 biji telur 
1 s/b minyak
160 gm air
20 gm susu cair

Inti :
300 gm isi ayam (dadu)
75 gm kacang peas
75 gm karot
40 gm cendawan shitake kering (di rendam 30 minit dan di hiris kemudian di perap dgn bahan2 yg bertanda* kukus sebentar dlm 20 minit)
*1 s/t minyak bijan
*1 s/b kicap manis 
*1 s/b kicap cair
1 s/t bwg putih (dadu)
50 gm bwg besar (dadu)
sedikit garam dan lada sulah
20 gm tepung gandum + 200 gm air (utk pekatkan inti)

Cara :
1. Campurkan semua bahan dadih ke dlm blender.
2. Ambil 1 senduk lenserkan dlm kuali spt kulit popia...buat smpi habis.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bwg merah, bwg putih yg tlh didadu.
4. Masukan isi ayam, karot, kcg peas, garam, lada sulah.
5. Masukan cendawan yg tlh di kukus tadi.
6. Akhir sekali masukan bancuhan tepung dan air utk pekatkan inti.
7. Tutup api, biarkan inti sejuk.
8. Ambil sekeping kulit popia, letakan inti di tengah, lipat spt dlm gmbr.
9. Gam kan hujung nya dgn sedikit bancuhan tepung.
10. Goreng dgn minyak yg sederhana panas hingga kekuningan..
11. Angkat & toskan...siap dhhhh!!!!
boleh di makan dgn sos cili jgk...sedikit remeh tp sgt berbaloii...sgt sedap "lumpia" ni..sudi2 & rajin2 kan lh utk mencuba yea :D